Friday 20 May 2011

Salam Perkenalan Dari Ayumaira Bridal

Apa khabar semua. Saya harapkan semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa. Saya amat berbesar hati kerana anda dapat luangkan masa untuk menjenguk seketika blog pelamin saya ini. Diharap kita dapat memanjangkan perkenalan kita untuk pelamin idaman anda nanti. Insya-allah…

Buat masa sekarang, saya masih lagi belum mempunyai butik tersendiri. Saya hanya beroperasi secara online dari rumah di Pandan Indah, Kuala Lumpur. Jika mengikut perangcangan, saya akan membuka butik saya sendiri seawal-awalnya selepas aidilfitri nnt di kota bharu @ bachok.

Insyaallah dengan kreativiti dan semangat yang ada, saya akan sediakan yang terbaik untuk anda. Andalah yang menjadi inspirasi buat kami untuk meningkatkan lagi mutu servis kami.


Doakan yang terbaik untuk kami. Selamat melayari blog ayumaira bridal. :-)

No comments:

Post a Comment